Carian Kursus

[ IEA0001 ] KURSUS PENGOPERASIAN ARKIB DIGITAL BERITA [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Sistem Penyimpanan Arkib Digital Berita (ADiB) HD merupakan sistem penyimpanan berita dan bahan khazanah yang dikategorikan sebagai bernilai dan digunakan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia pada masa kini. Peralatan ini telah beroperasi di 14 stesen negeri termasuk di Pusat Data Sektor Awam pada tahun 2022. Sistem ADiB dilengkapi dengan sistem ingest, sistem Media Asset Management (MAM), sistem Production Asset Management (PAM), Machine Learning (ML) dan Artificial Intelligent (AI).

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kemahiran pengoperasian sistem ADiB dalam penyediaan bahan untuk penerbitan berita.
  2. Memberi pengetahuan tentang manual operasi kerja dalam penerbitan bahan TV, radio dan media sosial berdasarkan piawaian penyiaran.
  3. Meningkatkan kemahiran mengenal pasti asas penyenggaraan sistem ADiB
Syarat Tambahan

Penyertaan terbuka kepada peserta dari skim perkhidmatan:

  • Kejuruteraan Penyiaran
  • Penerbit Rancangan
  • Teknologi Maklumat 
  • Pustakawan

Peserta dikehendaki membawa laptop sendiri

Modul/Topik
Hari Pertama | 08/09/2024 | Ahad
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 1 : PENGENALAN SISTEM PENYIMPANAN ARKIB DIGITAL BERITA (ADIB) HD
SESI 2 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: MODUL 2 : PROSES KERJA SISTEM PENYIMPANAN ADIB - Proses kerja penyimpanan bahan dalam sistem ADiB menggunakan terminal Ingest Funnel
SESI 2 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Proses kerja pencarian bahan menggunakan Portal ADiB
Hari Ke-2 | 09/09/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Fasiliti Pusat Data Sektor Awam (PDSA) di MAMPU, Kulim
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Proses kerja muat turun bahan dalam sistem ADiB untuk penerbitan berita.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan praktikal penggunaan ADiB di RTM Pulau Pinang
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: MODUL 3: OPERASI KERJA SISTEM PENYIMPANAN ADIB - Menyemak status penyimpanan, pencarian, permohonan bahan audio video dalam sistem ADiB
Hari Ke-3 | 10/09/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 4: PENYENGGARAAN SISTEM PENYIMPANAN ADIB - Melaksanakan house keeping storage sistem ADiB
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Menyemak status network switch dan storage