Carian Kursus

[ WZA0019 ] Program Transformasi Minda [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju
Syarat Tambahan
  • Program ini HANYA terbuka kepada penjawat awam lantikan baharu bagi tujuan pengesahan jawatan sahaja.
  • Pemilihan peserta adalah berdasarkan tarikh lantikan dan had bilangan peserta bagi satu-satu jabatan/ agensi.
  • Penawaran program bagi peserta yang berjaya akan dilakukan SEBULAN sebelum tarikh program.
Modul/Topik
Hari Pertama | 05/04/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran dan Taklimat Kursus
: Ujian Psikologi/Pembangunan Diri
: Integrasi Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sistem Pentadbiran Negara, Hala Tuju Negara & Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Overview Perkhidmatan Awam, Pengurusan Organisasi dan Laluan Kerjaya
Hari Ke-2 | 06/04/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengucapan Awam
: Integrasi Kumpulan
: TAKLIMAT BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI JPA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Peranan dan Tanggungjawab Penjawat Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam
Hari Ke-3 | 07/04/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengucapan Awam
: Keterampilan Diri
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENGURUSAN INTEGRITI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Keselamatan (CGSO)
Hari Ke-4 | 08/04/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengucapan Awam
: Pemikiran Kritis dan Inovatif
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Pelanggan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Aduan (BPA)
Hari Ke-5 | 09/04/2021 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengucapan Awam
: Persiapan / Perbincangan Tugasn Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembentangan Tugasan Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Ujian Kefahaman dan Penilaian Kursus