Merupakan program transformasi sektor pertanian menerusi aplikasi pertanian digital berteraskan teknologi 4IR seperti Internet Of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) dengan kolaborasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta jabatan/agensi di bawahnya. Program ini melibatkan komponen latihan pertanian digital berteraskan teknologi 4IR yang bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang penggunaan sistem fertigasi pintar kepada usahawan tani/pegawai kerajaan/orang awam bagi menarik minat lebih ramai pihak untuk menyertai sektor pertanian khususnya agromakanan.
Program ini ditawarkan secara PERCUMA dan sijil digital akan diberikan setelah modul pembelajaran dilengkapkan. Sijil digital ini juga boleh dijadikan salah satu dokumen sokongan dalam mendapatkan kemudahan pembiayaan pertanian di Agrobank.
Terma & Syarat
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pesara dan Pertanian | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kaedah Fertigasi Moden | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Lawatan Tapak |