Kursus Negara Bangsa bertujuan untuk memperkukuhkan semangat cinta akan negara dan pemahaman mendalam tentang tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang berkhidmat untuk negara. Kursus ini menitikberatkan proses dan cabaran dalam membina identiti negara bangsa Malaysia. Kursus ni juga memberi penekanan terhadap profesionalisme dan kecekapan sektor awam dalam pelaksanaan KPI ke arah mencapai hala tuju organisasi dengan memahami dan menghayati Kerangka Dasar Utama Kerajaan serta Prinsip-prinsip Baharu Perkhidmatan Awam yang mendukung dasar ini.
Kursus Negara Bangsa Siri 2/2025 ini akan diadakan FIZIKAL.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan Sijil Kehadiran kursus;
4. Bayaran yuran RM30 bagi semua kursus INTAN baik yang dilaksanakan secara bersemuka mahupun secara dalam talian adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh surat Kementerian Kewangan dalam siri (2.22)248/14-1 (40) bertarikh 9 April 2003 yang perlu dijelaskan secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal DTIMS. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.
5. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Gagasan Kerajaan : Konsep Malaysia MADANI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Perlembagaan Persekutuan Asas Negara Bangsa Malaysia |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Menghayati Falsafah Rukun Negara | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kedaulatan Negara dalam Kerangka Undang-undang Antarabangsa |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Sejarah Malaysia | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) |