Carian Kursus

[ EAA0021 ] KURSUS LANJUTAN PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Lanjutan Penternakan Arnab Pedaging 2024

7 – 9 Mei 2024

Institut Pengurusan Veterinar, Cheras, Selangor & Goodtree Garden, Dengkil, Selangor

 

KURSUS LANJUTAN PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING (PENGURUSAN & STRATEGI PENGEMBANGAN BISNES TERNAKAN ARNAB PEDAGING)

PENGENALAN

Penternakan arnab adalah satu bidang yang masih luas untuk diterokai dan mempunyai potensi yang besar jika diusahakan. Potensi utama industri arnab dalam mewujudkan suatu agro-bisnes dapat dilihat dari kemampuannya untuk berkembang biak samada diusahakan secara kecil-kecilan mahupun secara komersial. Kadar pembiakan haiwan ruminan seperti kambing, lembu, kerbau yang perlahan dan ancaman dari virus Avian Influenza dalam ayam boleh dijadikan faktor untuk mencari alternatif lain untuk penghasilan daging yang mempunyai sumber protein dan arnab mampu memenuhi keperluan itu. Program atau kursus bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman yang lebih holistik berkaitan industri ini amatlah penting selari dengan perkembangan terkini penternakan arnab di Malaysia.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman yang lebih holistik berkaitan pengurusan penternakan arnab
  2. Membangunkan elemen-elemen penting penternakan agar dapat digunapakai dalam penternakan arnab
  3. Mengenalpasti amalan-amalan terbaik dalam hal pengurusan penternakan bagi tujuan benchmarking activities
  4. Meningkatkan Pengetahuan Mengenai MYGAP dalam Penternaan Arnab Pedaging
  5. Mempelajari kemahiran pengurusan kewangan yang efisien bagi membantu penternak memantau perbelanjaan, pendapatan, dan keuntungan ladang arnab pedaging mereka. Menggalakkan Penambahbaikan Nilai dan Pembangunan Produk dalam Industri Arnab Pedaging
  6. Memahami dengan mendalam mengenai syarat-syarat eksport, peraturan antarabangsa, dan peluang pasaran luar negara bagi industri arnab pedaging, serta strategi untuk memasuki pasaran global. Membina Rangkaian Bersama dengan Industri dan Syarikat Luar.
Syarat Tambahan
  1. Pencalonan dibuka kepada: penternak yang telah menghadiri kursus asas sebelumnya.
  2. Pendaftaran kakitangan DVS/ KPKM (federal) adalah melalui portal; Sistem Profil Latihan KPKM https://splvkpkm.gov.my/
  3. Pendaftaran kakitangan DVS Negeri & penternak (awam) adalah melalui portal Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) JPA Malaysia https://www.dtims.intan.my/login
  4. Sijil kehadiran hanya akan diberi kepada peserta yang lengkap menyelesaikan program dan menjawab penilaian kursus pada hari terakhir program.
  5. Penginapan: disediakan peserta luar daerah/ negeri (sila maklum awal kepada urusetia)
  6. Makan minum: disediakan semasa program
  7. Pengangkutan: sendiri
  8. Anjuran: UAH BPIT DVS Putrajaya
  9. Urusetia: Dr. Nurliyana 03-88702463; Jue 03-88702454 uah@dvs.gov.my
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 07/03/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: OVERVIEW INDUSTRI ARNAB PEDAGING
Hari Ke-2 | 07/05/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan & Tatacara Permohonan MyGap bagi Penternakan Arnab Pedaging (Seksyen Pemeriksaan dan Pensijilan Veterinar, DVS); PENGENALAN KEPADA MYGAP BAGI PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING
Hari Ke-3 | 08/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ekosistem Penternakan Arnab berskala Industri, Pengurusan Arnab Pedaging di Iklim Tropika, Pengurusan Ekonomi Penternakan Arnab, Penyediaan Pelan Rancangan Perniagaan Ternakan Arnab Pedaging, Problem Based Learning – Strategi Mengembangkan Bisnes Ternakan Arnab
Hari Ke-4 | 09/05/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teknologi Pembiakan Arnab, Demo & Praktikal – Permanian Beradas,