Penulisan media merujuk kepada cara penyusunan dan penyampaian maklumat yang dilaksanakan melalui pelbagai medium media seperti di surat khabar, majalah, television, radio, platform digital seperti laman web dan media sosial.
Penulisan media ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan infomasi kepada khayalak dengan cara yang menarik, jelas, dan mudah difahami. Namun dalam sektor awam penulisan media perlu dilakukan dengan cara dan teknik yangb betul bagi memastikan maklumat dan infomasi yang disampaikan beretika dan tidak mengandungi maklumat yang boleh mengelirukan khalayak.
Dalam landskap komunikasi sektor awam, keupayaan untuk menulis dengan jelas, meyakinkan kandan strategik amat penting. Pegawai perhubungan awam dan komunikasi korporat bertanggungjawab untuk membentuk persepsi awam, melibatkan pihak berkepentingan dan menyampaikan mesej yang berimpak secara tepat dan berwibawa. Bengkel dua hari ini memberi fokus kepada peningkatan kecekapan penulisan media dan kandungan korporat yang bersesuaian dengan agensi kerajaan dan badan awam. Para peserta akan memperoleh kemahiran praktikal untuk menghasilkan siaran akhbar, kandungan media sosial, ucapan rasmi.
Terbuka kepada semua pegawai dari gred 22 hingga 44 yang terlibat dalam penulisan media.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Sesi I: - Asas Penulisan Media yang Berkesan - Jenis Penulisan PR dalam Sektor Awam | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Sesi II: - Alatan untuk Menulis dan Menyunting | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Sesi III: - Penjanaan Idea dan Sudut Cerita |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Sesi IV: - Penulisan untuk Media dan Platform Sosial | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Sesi V: - Penulisan Dokumen Korporat | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Sesi VI: - Etika, Dasar dan Pembentangan Akhir |