Carian Kursus

[ CAA0074 ] KURSUS PENGURUSAN INDUK DOMESTIKASI DAN PENGELUARAN NAUPLI UDANG GALAH 2025 (UPSKILLING-PP) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

kursus ini untuk mendedahkan kaedah pengurusan induk udang galah domestikasi dan penghasilan induk bertelur untuk menjamin pengeluaran naupli dan seterusnya benih yang mapan sepanjang tahun. Pendedahan kepada kakitangan Jabatan Perikanan di manan induk udang galah domestikasi boleh digunakan berulang kali untuk penghasilan naupli dalam usaha memastikan kelestarian bekalan benih untuk industri ternaka udang galah di Malaysia.

Objektif Kursus
  1. Selepas menghadiri kursus ini, para peserta diharap akan dapat : mengaplikasi teknik pemilihan induk udang galah
  2. Memahami dan mengenalpasti teknik asas pengurusan kualiti air induk udang galah domestikasi
  3. Mengetahui keperluan dan mengaplikasi makanan induk udang galah
  4. Mengenalpasti teknik pengurusan kesihatan induk udang galah domestikasi
  5. Mengetahui keperluan peralatan untuk pengurusan induk domestikasi
  6. Mengetahui & memahami keperluan kitaran lengkap pengeluaran naupli dari induk domestikasi udang galah
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Kursus ini dibuka kepada kakitangan Jabatan Perikanan di Pusat Penetasan Udang Galah Kg.Acheh(PPUG) dan Pembangunan Baka Induk Udang Galah Santubong serta kakitangan bahagian pengembangan Jabatan Perikanan yang berminat. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/04/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan tangki dan peralatan untuk udang galah domestikasi (Amali)
SESI 2 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Keperluan peralatan tambahan (Teori)
Hari Ke-2 | 10/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada industri Udang galah Malaysia (Teori)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Keperluan tangki dan peralatan untuk udang galah domestikasi (teori)
Hari Ke-3 | 11/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada induk udang galah domestikasi IPPPS (Teori)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Teknik Pemilihan induk dan pengurusan harian induk udang galah (teori)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan kualiti air dan kesihatan induk udang (T)
: Pengurusan kualiti air dan kesihatan induk udang (teori)
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Penyediaan makanan induk
Hari Ke-4 | 12/06/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kacukan induk dan pengurusan induk bertelur (teori)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Teknik kacukan, pengumpulan induk bertelur, penuaian dan pembungkusan naupli (Amali)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi perbincangan
: Penilaian kursus dan penutup