OUTPUT
Output yang diharap daripada kursus ini adalah peserta dapat menghasilkan makan akuakultur peringkat ladang dengan mengetahui jenis bahan ramuan dan peralatan pemprosesan yang digunakan adalah mengikut prosedur yang yang ditetapkan serta dapat menilai kesan penggunaan makanan buatan ladang terhadap hasil akuakultur dari sudut ekonomi.
OUTCOME
Outcome yang diharap daripada kursus ini agar para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam mengenalpasti jenis bahan ramuan sebagai sumber protein dan sumber tenaga, penggunaan peralatan pemprosesan makanan rumusan, dapat menghasilkan makanan rumusan (pelet) mengikut prosedur yang ditetapkan dan berupaya menilai kesan penggunaan makanan buatan ladang terhadap hasil akuakultur dari sudut ekonomi. Selain itu, peserta dapat mengurangkan kos makanan dengan menghasilkan makanan sendiri di ladang tanpa membeli pelet komersial di pasaran.
1. Terbuka kepada golongan sasar berumur 18 tahun ke atas.
2. Bilangan peserta sekitar 20 orang
3. Perlu menghadiri secara fizikal
4. Makanan dan minuman pada sepanjang kursus disediakan
5. Penginapan disediakan disepanjang kursus
Masa/Sesi | Topik | ||
---|---|---|---|
SESI 1 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari | |
: | Pengenalan Kepada Makanan Akuakultur Dan Zat Makanan | ||
SESI 2 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang | |
: | Pengenalan Bahan Ramuan dan Perumusan Makanan | ||
SESI 3 | SESI 4 | : | 08.30 Malam - 10.30 Malam |
: | Perbincangan Bahan Ramuan dan Perumusan Makanan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Amali: Pengenalan Kepada Peralatan Serta Kaedah Pemprosesan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Amali : Peralatan dan Mesin Pemprosesan Pelet dan Kadar Pemberian Makanan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Ceramah: Status Penghasilan dan Anggaran Keperluan Makanan Akuakultur |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Perbincangan Asas Aliran Tunai | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Perbincangan Penilain Program dan Majlis Penutup | |
: | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
: | Ceramah : Jabatan dan Industri |