Carian Kursus

[ WZA0066 ] Kursus Human Resource Champions : Pengurusan Perkhidmatan dan Prestasi [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan secara 'blended training' melalui pelbagai kaedah serta metodologi penyampaian agar ia benar-benar memberi impak yang menyeluruh kepada peserta. Peserta akan didedahkan kepada dasar serta amalan berkaitan perkhidmatan dan prestasi pegawai.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.
  2. Menambah pengetahuan di samping turut berkongsi mengenai perkembangan semasa dan isu-isu terkini dalam PSM sektor awam.
  3. Meningkatkan kemahiran aplikasi praktikal melalui sesi kajian kes dan perbincangan kumpulan.
  4. Mewujudkan jaringan kerjasama (networking) di antara Pengurus-Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.
Brosur/Dokumen
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 16/10/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 (Samb)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Urusan Pelantikan Dalam Perkhidmatan (Kontrak)
: Urusan Pelantikan Dalam Perkhidmatan (Peminjaman / Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap)
Hari Ke-2 | 17/10/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Pengurusan Prestasi (LNPT)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tanggung Kerja
: Pengiktirafan: PPC & APC
Hari Ke-3 | 18/10/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Dasar Pemisah (Exit Policy)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kajian Kes dan Perbincangan Kumpulan