Carian Kursus

[ KNA0011 ] Kursus Pengurusan Bencana [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan keselamatan dan keamanan negara perlu memiliki ilmu pengetahuan yang sempurna dan mantap dalam menguruskan bencana yang berlaku di dalam negara. Ini kerana tindakan yang cepat, berkesan dan sistematik perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkenaan agar bencana dapat diatasi dengan kadar segera.

Situasi yang berlaku di kawasan yang terlibat dalam bencana hendaklah dikawal sepenuhnya untuk mengelakkan masalah ini bertukar menjadi konflik kemanusiaan dalam skala yang lebih besar. Ini amat penting agar bencana yang berlaku tidak menimbulkan ancaman terhadap rakyat dan negara.

a) Kursus ini perlu dilaksanakan bagi membuat persiapan awal bagi melatih penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan bencana.

b) Kursus ini diadakan untuk memperkukuh dan memantapkan kemahiran dalam pengurusan bencana selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 18, 20 dan 21.

c) Kursus ini dilaksanakan bagi melahirkan penjawat awam yang cekap dan responsif  di dalam pengurusan bencana.

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti kaedah dan pendekatan yang betul berkenaan pengurusan bencana berdasarkan kepada Arahan MKN No. 18, 20 & 21.
  2. Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya bencana dan cara-cara mengatasinya berdasarkan kepada kajian dan pengalaman agensi yang terlibat dalam operasi medan.
  3. Merangka pelan pengurusan bencana yang sesuai untuk dilaksanakan.
Syarat Tambahan

1. Penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan bencana terutamanya yang bertugas di barisan hadapan.

2. Asrama tidak disediakan bagi peserta luar Lembah Klang. Walaubagaimanapun, peserta boleh menempah hotel/homestay di kawasan INTAN Bukit Kiara/Petaling Jaya dan membuat tuntutan di jabatan masing-masing.

3. Makan minum sepanjang kursus disediakan oleh pihak penganjur (8.30pagi - 4.30ptg)

 

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 08/08/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Arahan MKN No. 18 dan 21
: Arahan MKN No. 18 dan 21
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Ancaman Bencana
: Arahan MKN No. 20
: Ancaman Bencana
: Arahan MKN No. 20
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurangan Risiko Bencana
: Pengurangan Risiko Bencana
Hari Ke-2 | 09/08/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peranan Agensi Utama - Kementerian Kesihatan Malaysia
: Peranan Agensi Utama - Jabatan Penerangan Malaysia
: Peranan Agensi Utama - Kementerian Kesihatan Malaysia
: Peranan Agensi Utama - Jabatan Penerangan Malaysia
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Peranan Agensi Utama - Jabatan Kebajikan Masyarakat
: Peranan Agensi Utama - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
: Peranan Agensi Utama - Jabatan Kebajikan Masyarakat
: Peranan Agensi Utama - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peranan Agensi Utama - Angkatan Tentera Malaysia
: Peranan Agensi Utama - Polis DiRaja Malaysia
: Peranan Agensi Utama - Angkatan Tentera Malaysia
: Peranan Agensi Utama - Polis DiRaja Malaysia
Hari Ke-3 | 10/08/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Table Top bersama Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (Simulasi dan latihamal).
: Table Top bersama Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (Simulasi dan latihamal).
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latihan Table Top
: Latihan Table Top
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Table Top
: Latihan Table Top
Hari Ke-4 | 11/08/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kesiapsagaan Bencana
: Kesiapsagaan Bencana
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Komunikasi dan Koordinasi Antara Agensi
: Komunikasi dan Koordinasi Antara Agensi