Carian Kursus

[ KAB0001 ] Bengkel Train The Trainer Pegawai INTAN [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus
  1. Bengkel ini dijalankan secara dalam Talian - Aplikasi ZOOM.
  2. Objektif bengkel ini adalah mengenal pasti kepentingan latihan dalam organisasi dan peranan jurulatih dengan tepat.
Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti kepentingan latihan dalam organisasi dan peranan jurulatih dengan tepat
  2. Mengaplikasikan penyampaian pembelajaran yang berkesan berpandukan strategi pembelajaran dewasa; dan
  3. Menyediakan Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) dengan sistematik mengikut format.
Syarat Tambahan
  1. Peserta wajib hadir kelas setiap slot yang ditetapkan;
  2. Peserta wajib menggunakan peranti yang mempunyai kamera dan audio yang baik. Keutamaan diberikan untuk menggunakan desktop dan laptop. Peserta tidak digalakkan menggunakan telefon bimbit sepanjang sesi ini memandangkan bengkel TTT adalah sangat interaktif yang memerlukan latih amal dilaksanakan sepanjang kelas;
  3. Peserta diwajibkan membuka kamera masing-masing sepanjang kelas diadakan untuk memudahkan pemantauan kehadiran di dalam setiap slot;
  4. Peserta perlu meletakkan nama penuh masing-masing untuk memudahkan kehadiran dicatatkan. Peserta tidak dibenarkan meletakkan nama samaran atau nama peranti sepanjang sesi; 
  5. Peserta perlulah secara aktif menyertai semua latih amal yang diberikan oleh penceramah dan melengkapkan tugasan yang diberikan sepanjang kelas dilaksanakan; dan
  6. Hanya pegawai INTAN yang telah terpilih oleh UPSM, Pejabat Pendaftar sahaja boleh menyertai bengkel ini.
Modul/Topik
Hari Pertama | 26/07/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PERANAN JURULATIH INTAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: DINAMIKA PEMBELAJARAN
Hari Ke-2 | 27/07/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMBANGUNAN OBJEKTIF LATIHAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PEMBANGUNAN OBJEKTIF LATIHAN
Hari Ke-3 | 28/07/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN PAKEJ LATIHAN – NOCMAE DAN RSP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN PAKEJ LATIHAN – NOCMAE DAN RSP
Hari Ke-4 | 29/07/2022 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TRAJEKTORI PERSEMBAHAN BERKESAN - SLIDE
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TRAJEKTORI PERSEMBAHAN BERKESAN - GROOMING