Carian Kursus

[ SZA0046 ] Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan perolehan kerajaan dan tanggung jawab penjawat awam untuk menjaga kepentingan kerajaan. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan perolehan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan kepentingan pengurusan perolehan dalam mencapai prinsip nilai faedah terbaik bagi kepentingan perkhidmatan awam;
  2. Mengaplikasikan pengurusan perolehan kerajaan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Syarat Tambahan

Kursus ini akan dilaksanakan secara bersemuka. Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan. Sila pastikan HRMIS telah dikemaskini dengan butiran terkini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 05/08/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Dan Taklimat Kursus
: Sesi 1 : Pengenalan Kepada Perolehan Kerajaan (1PP - PK2)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Sesi 2 : Integriti Dalam Pengurusan Perolehan Kerajaan
: Sesi 3 : Isu Masalah Dalam Perolehan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi 4 : Punca Kuasa, Prinsip, Dasar
: Sesi 5 : Kaedah Perolehan Kerajaan
Hari Ke-2 | 06/08/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi 6 : Penyediaan Spesifikasi
: Sesi 7 : Kaedah Pengurusan Sebut Harga
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Sesi 8 : Kaedah Pengurusan Tender
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi 9 : Kaedah Penilaian Teknikal & Kewangan (Bekalan & Perkhidmatan)
Hari Ke-3 | 07/08/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi 10 : Kaedah Perolehan Kerja & Pentadbiran Kontrak Kerja
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Sesi 11 : Kaedah Perolehan Kerja & Pentadbiran Kontrak Kerja
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi 12 : Kajian Kes, Penutupan Kursus Dan Penyampaian Sijil