Carian Kursus

[ TZA0043 ] Kursus Pengukuhan Pasukan Virtual [ Siri 3/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dibangunkan agar inisiatif yang serupa dalam meningkatkan semangat kerja berpasukan dengan menggunakan platform latihan secara dalam talian.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan peranan ahli dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi
  2. Menyelesaikan masalah dan tugasan dengan menggunakan percambahan idea dan kerjasama kumpulan
  3. Menyelesaikan masalah secara berkumpulan menggunakan kemahiran penyelesaian masalah bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
  4. Merumuskan kaitan aktiviti dalam kursus dengan situasi di organisasi melalui aktiviti refleksi.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  2. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  3. Hadir berkursus 80% tanpa gagal bagi melayakkan untuk menerima Sijil Kehadiran Kursus. 
  4. WAJIB menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  5. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  6. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  8. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 15/08/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN
: PECAHKAN AIS ITU
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: JOM SSAING
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LUKISKANKU LUKISANMU
Hari Ke-2 | 16/08/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KITA SERUPA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KEMBARA MAYA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: JUTAWAN VAGANZA
: REFLEKSI DAN RUMUSAN