Carian Kursus

[ SZA0067 ] Kursus Asas Perolehan Kerajaan (Bekalan dan Perkhidmatan) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan perolehan Kerajaan dan tanggungjawab penjawat awam untuk menjaga kepentingan Kerajaan. Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan perolehan bekalan dan perkhidmatan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta dalam bidang perolehan Kerajaan yang penting dan memerlukan penekanan dalam aspek pengurusan perolehan (bekalan dan perkhidmatan) dengan nilai faedah terbaik dan mampan.
  2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurus perolehan (bekalan dan perkhidmatan) secara sistematik dan telus berpandukan peraturan-peraturan terkini yang telah ditetapkan.
Syarat Tambahan

Kursus ini akan dilaksanakan secara bersemuka. Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan. Sila pastikan HRMIS telah dikemaskini dengan butiran terkini.

Pegawai baru digalakkan untuk menyertai kursus ini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/04/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Taklimat Malaysia MADANI
: Integriti dalam Perolehan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Punca Kuasa, Prinsip,Dasar dan Kaedah Perolehan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah Perolehan Kerajaan
Hari Ke-2 | 22/04/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah Pengecualian Daripada Tatacara Perolehan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Pengecualian Daripada Tatacara Perolehan Kerajaan (Sambungan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Perolehan Perunding
Hari Ke-3 | 23/04/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Spesifikasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Pengurusan Sebut Harga dan Tender (Bekalan dan Perkhidmatan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah Penilaian Teknikal & Kewangan (Bekalan dan Perkhidmatan)
Hari Ke-4 | 24/04/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak (Bekalan dan Perkhidmatan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Isu dan Masalah Dalam Perolehan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes: Pengurusan Sebut Harga & Tender