Carian Kursus

[ IIA0123 ] Kursus Teknologi Tuai dan Pascatuai serta Pemprosesan (Buah) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai prinsip dan amalan teknologi tuai serta pengendalian pascatuai bagi komoditi buah-buahan. Penekanan diberikan kepada teknik penuaian yang betul, pengendalian lepastuai, serta faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti dan jangka hayat hasil.

Peserta akan didedahkan kepada kaedah pemprosesan minimum seperti pembersihan, penggredan, pembungkusan dan penyimpanan yang bertujuan mengekalkan kesegaran serta mengurangkan kehilangan hasil. Kursus ini turut merangkumi aspek pengurusan kualiti, keselamatan makanan dan keperluan pasaran.

Pelaksanaan kursus melibatkan gabungan pembelajaran teori, latihan amali (hands-on) dan lawatan industri bagi memberi pengalaman praktikal kepada peserta dalam aplikasi teknologi tuai dan pascatuai secara menyeluruh.

 

Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  1. Menerangkan konsep dan prinsip asas pengendalian lepastuai bagi hasil buah-buahan.
  2. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kualiti lepastuai serta punca kehilangan hasil pertanian.
  3. Mengaplikasikan kaedah pemprosesan minimum yang sesuai mengikut jenis buah.
  4. Melaksanakan teknik penyimpanan, pembungkusan dan penggredan hasil dengan betul.
  5. Mengamalkan prinsip amalan pertanian baik (GAP) dan standard industri dalam pengendalian hasil.
  6. Menilai amalan semasa serta cabaran dalam pengurusan lepastuai melalui pendedahan industri (lawatan).
Objektif Kursus
  1. Memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengendalian lepastuai buah-buahan secara sistematik dan berkesan.
  2. Meningkatkan keupayaan peserta dalam mengaplikasikan teknik pemprosesan minimum mengikut standard industri.
  3. Mempertingkat kefahaman terhadap faktor fisiologi, kualiti dan kehilangan hasil lepastuai.
  4. Membentuk kecekapan dalam pengurusan penyimpanan, pembungkusan dan penggredan hasil bagi memenuhi keperluan pasaran.
  5. Mendedahkan peserta kepada amalan pertanian baik (GAP) dan keperluan piawaian industri serta rantaian bekalan.
Syarat Tambahan

TERMA & SYARAT PENYERTAAN (DALAM TALIAN)

  • Peserta hendaklah mempunyai kemudahan peranti (komputer riba/telefon pintar) serta capaian internet yang stabil sepanjang kursus berlangsung.
  • Peserta hendaklah mengisi borang permohonan dan mendapat kelulusan jabatan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terlibat secara langsung dalam pengendalian sistem pengairan atau sektor pertanian.
  • Peserta diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya tempoh kursus yang telah ditetapkan secara dalam talian.
  • Peserta perlu memastikan kehadiran direkodkan sepanjang sesi (log masuk, respon kehadiran atau interaksi semasa kursus).
  • Peserta hendaklah mematuhi etika sepanjang sesi dalam talian (contoh: membuka kamera jika diminta, memberi kerjasama dalam aktiviti).
  • Sebarang ketidakhadiran tanpa sebab munasabah boleh menjejaskan kelayakan sijil.
  • Pihak penganjur berhak untuk meminda jadual, kandungan atau fasilitator sekiranya perlu.

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Platform: Akan dimaklumkan (contoh: Google Meet / Zoom)
  • Tarikh: 12 – 14 Mei 2026
  • Tempoh: 3 hari (18 jam latihan)

 

KEMUDAHAN

  • Tiada kemudahan makan, minum dan penginapan disediakan sepanjang kursus dalam talian.

 

KEPERLUAN PESERTA

  • Peranti (laptop / telefon pintar)

  • Capaian internet yang stabil
  • Pakaian kemas dan bersesuaian semasa sesi dalam talian

 

KAEDAH PELAKSANAAN

  • Ceramah secara dalam talian
  • Demonstrasi / video amali
  • Perbincangan kumpulan / interaktif

 

PENILAIAN

  • Ujian pra dan pasca (Pre & Post Test) secara dalam talian
  • Penilaian berdasarkan penglibatan dan tugasan

 

SIJIL

Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang:

  • Menghadiri sekurang-kurangnya 80% sesi kursus
  • Menyelesaikan penilaian yang ditetapkan
Modul/Topik
Hari Pertama | 12/05/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Kehilangan Lepas Tuai Buah-buahan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kesan Fisiologi dan Biokimia Terhadap Lepas Tuai Buah-buahan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Faktor Pratuai dan Cara Penuaian Buah-buahan
Hari Ke-2 | 13/05/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Operasi Penyediaan Lepas Tuai bagi Pasaran Tempatan dan Eksport
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pemprosesan Minimum & Penyejukbekuan Buah-buahan
Hari Ke-3 | 14/05/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tayangan Video: Pengendalian Lepas Tuai Buah Terpilih bagi Pasaran Tempatan dan Eksport