Carian Kursus

[ UZA0015 ] Kursus Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016.   Selain itu, peserta kursus boleh mengaplikasikan proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam menghasilkan projek KIK.  Dalam masa yang sama, peserta mendapat kemahiran dan pendedahan dalam penyediaan dokumentasi projek di jabatan masing-masing.  Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh tiga hari dan ditawarkan kepada penjawat awam Gred 11 hingga 52.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif;
  2. Mengapikasikan penggunaan radas terkini bagi menghasilkan projek KIK;
  3. Memperoleh kemahiran dalam penyediaan dokumentasi projek;
  4. Memberi penjelasan mengenai Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK); dan
  5. Menerangkan kerangka Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).
Syarat Tambahan

Kursus ini terbuka bagi semua penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi yang berminat untuk memahami keperluan asas perlaksanaan Horizon Baharu KIK. Namun keutamaan diberikan kepada peserta yang telah dilantik oleh jabatan atau agensi samada sebagai penyelaras, fasilitator, ketua atau ahli kumpulan Horizon Baharu KIK. Keutamaan juga diberikan kepada peserta yang belum pernah menghadiri kursus ini.

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus setelah mengisi permohonan di sistem DTIMS;

4. Makan-minum disediakan oleh pihak INTAN sepanjang kursus diadakan bermula pada hari pendaftaran kursus.

5. Tempat penginapan di dalam INTURA disediakan dan keutamaan diberikan kepada peserta yang tinggal di luar Daerah Kuala Muda, Kedah dan tertakluk kepada kekosongan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 31/07/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus dan Pengenalan kepada Horizon Baru KIK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penghasilan dan Pengenalpastian Projek
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Dokumentasi dan Penilaian Projek KIK
Hari Ke-2 | 01/08/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teknik dan Kaedah Blue Ocean Strategy dan Latih Amal
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Teknik dan Kaedah Blue Ocean Strategy dan Latih Amal - Sambungan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teknik dan Kaedah Design Thinking dan Latih Amal
Hari Ke-3 | 02/08/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teknik dan Kaedah Design Thinking serta Latih Amal - Sambungan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyediaan Dokumentasi dan Latih Amal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Dokumentasi dan Latih Amal - Sambungan