Carian Kursus

[ TZA0061 ] KURSUS ETIKET PROFESIONAL PERKHIDMATAN AWAM [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dibangunkan selaras dengan halatuju Kerangka Pembaharuan Perkhidmatan Awam iaitu penyampaian yang berintegriti dan profesional. Kursus ini bertujuan untuk membina penjawat awam yang mempunyai nilai profesionalisme, integriti dan etika yang tinggi. Kursus ini juga bertujuan menerapkan pemahaman dan penghayatan berdasarkan Buku Etika Perkhidmatan Awam yang diterbitkan oleh INTAN. 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan dengan betul definisi konsep Etika Perkhidmatan Awam
  2. Menyenaraikan dengan betul 3 asas komunikasi dalam membina hubungan profesional
  3. Mengaplikasikan teknik etiket berdasarkan penugasan yang diberikan
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Para peserta dikehendaki berpakaian kemas semasa berkursus. Peserta lelaki dikehendaki memakai tali leher, berbaju lengan panjang. Bagi peserta wanita dikehendaki berpakaian sopan. Para peserta juga dikehendaki memakai tag nama yang digunakan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing.

4. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

5. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;

6. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing; dan

7. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 23/09/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Peserta dan Taklimat MADANI
: PENGENALAN KEPADA ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KOMUNIKASI DALAM MEMBINA HUBUNGAN PROFESIONAL
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SENI BERKATA 'TIDAK'
Hari Ke-2 | 24/09/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIH AMAL: THE DIRTY DOZEN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: ETIKET SOSIAL PROFESIONAL
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LARAS BAHASA DAN PENULISAN PROFESINAL
Hari Ke-3 | 25/09/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIH AMAL 2 PENULISAN PROFESIONAL
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBENTANGAN DAN REFLEKSI
: RUMUSAN DAN PENILAIAN