Carian Kursus

[ SZA0006 ] Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus selama 4 hari ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang tepat mengenai konsep dan kaedah pengaplikasian protokol yang terkini di Malaysia. Ianya turut bertujuan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah tanggapan terhadap konsep protokol yang diamalkan. Selain itu, kursus ini juga akan turut memberi penekanan terhadap kemahiran etiket sosial dan pengurusan majlis rasmi.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan teori dan amalan protokol serta etiket sosial dalam pengurusan majlis
  2. Mengaplikasi kaedah dan tatacara protokol serta etiket sosial yang betul
  3. Mengaplikasikan hala cara mengurus pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
Syarat Tambahan

Calon peserta hendaklah memastikan E-MEL RASMI adalah yang terkini kerana pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan die-melkan terus ke e-mel yang telah didaftarkan melalui HRMIS.

Sebarang pemakluman akan dibuat melalui e-mel tersebut.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 19/06/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus | Ice Breaking
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengenalan Kepada 20 Elemen Protokol | 15 Elemen Etiket | 16 Elemen Pengurusan Majlis
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengendalian Majlis Rasmi dan Penghasilan SOP Jawatankuasa
Hari Ke-2 | 20/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Susunan Keutamaan Persekutuan dan Susunan Tempat Duduk Dalam Majlis Rasmi Kerajaan
: Peranan Pegawai Protokol / Pegawai Pengiring dan Penyambut Tetamu
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Panggilan Hormat
Hari Ke-3 | 21/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengacaraan Majlis Rasmi
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Etiket Sosial dan Keterampilan Diri Dalam Majlis
: Tertib di Meja Makan
Hari Ke-4 | 22/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Atur Cara Pentadbiran & Persediaan Simulasi Pengurusan Majlis
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Simulasi Pengurusan Majlis
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Refleksi dan Penutupan Kursus