Carian Kursus

[ KCA0145 ] Internal Audit Procedure & Audit Reporting [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Audit Dalaman & Pelaporan Audit bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan kepada para peserta untuk menjalankan audit dalaman yang berkesan dan menyediakan laporan audit yang berkualiti. Kursus ini meliputi prinsip-prinsip asas audit dalaman, teknik audit, prosedur audit, serta cara untuk mendokumentasikan dan melaporkan hasil audit dengan jelas dan tepat.

Objektif Kursus
  1. Memberikan pemahaman tentang konsep dan kepentingan audit dalaman dalam organisasi.
  2. Menjelaskan peranan auditor dalaman dalam memastikan pematuhan terhadap dasar, prosedur, dan peraturan
  3. Melatih peserta dalam teknik-teknik audit yang berkesan, termasuk perancangan, pelaksanaan, dan pengurusan audit
Syarat Tambahan

Peserta yang dilantik sebagai pasukan audit dalam organisasi digalakkan membuat permohonan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/08/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Konsep dan Prinsip Audit Dalaman ISMS
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Perancangan Audit Dalam ISMS
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teknik-teknik pelaksanaan audit
Hari Ke-2 | 22/08/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Laporan Audit
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Tindakan Pembetulan dan Penambahbaikan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes dan Perbincangan Kumpulan