Carian Kursus

[ WZA0011 ] Kursus Pengurusan Kenderaan [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus
  1. Membolehkan pegawai kenderaan dan pemandu kenderaan melaksanakan tugas dengan lebih teratur dan sistematik. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran jabatan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan yang telah dikeluarkan kerajaan agar pengurusan kenderaan kerajaan  menjadi lebih efisyen dan menjimatkan perbelanjaan pengurusan sesebuah jabatan.
  2. Pengurusan kenderaan yang cekap dan sistematik membolehkan penggunaan kenderaan dapat dikawal untuk tugas rasmi sahaja. Pengurusan rekod kenderaan seperti penggunaan buku log kenderaan, kad inden, pembekalan bahan api hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
Objektif Kursus
  1. Menerangkan proses penerimaan dan pendaftaran kenderaan jabatan yang baharu seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan AM 2;
  2. Menerangkan proses pelupusan, kehilangan dan hapus kira kenderaan jabatan seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan AM 2;
  3. Menerangkan proses semakan buku log kenderaan jabatan dengan betul dan tepat selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1; dan
  4. Menerangkan proses pengurusan kemalangan kenderaan jabatan selaras dengan peraturan semasa mengikut Pekeliling Perbendaharaan W.P. 4.2.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

1. Pemillihan peserta kursus diutamakan kepada Pegawai yang menguruskan kenderaan jabatan dan juga pemandu.

2. Pemilihan peserta yang lain bedasarkan justifikasi peserta memohon kursus ini.

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

1.    Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.

2.   Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3.    Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus.

4.    Tempat Penginapan disediakan bagi yang tinggal di luar kawasan Kuching atau Samarahan. Sila klik ruangan  PERLU PENGINAPAN dalam permohonan.

5.    Makan / minum disediakan untuk pagi dan tengahari. Bagi peserta yang menginap diasrama INSARA,  makan malam dan minum pagi DISEDIAKAN pada hari mula berkursus.

6.    Peserta digalakkan membawa pakaian sukan untuk aktiviti selepas masa berkursus.

7.    Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi       /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/ puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

8.   Peserta diingatkan mematuhi Etika Perkhidmatan Awam sepanjang berkursus dan peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/10/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Pengurusan Kenderaan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pendaftaran Kenderaan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Pelupusan, Kehilangan dan Hapuskira Kenderaan Kerajaan
Hari Ke-2 | 11/10/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembelian & Penggunaan Bahan Api Kenderaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Buku Log Kenderaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 1 ( Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan Kerajaan )
Hari Ke-3 | 12/10/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyelenggaraan Kenderaan Dan Pengurusan Kemalangan Kenderaan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Contoh-Contoh Penemuan Audit Berkaitan Pengurusan Kenderaan Kerajaan