Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan perolehan kerajaan dan tanggungjawab penjawat awam untuk menjaga kepentingan kerajaan. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan perolehan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Mendaftar masuk ke penginapan INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sebelum jam 4.30 petang sehari sebelum kursus bermula.
2. Memuat turun buku program dan nota kursus sebelum kursus bermula melalui pautan kursus berkenaan di www.dtims.intan.my.
3. Menetapkan telefon bimbit pada mod SENYAP sepanjang sesi pembelajaran.
4. Bersedia di bilik kursus 5 minit lebih awal sebelum sesi pembelajaran bermula. Pastikan tandatangan buku kehadiran atau scan QR Code setiap kali hadir ke sesi pembelajaran.
5. Menyelesaikan pre test pada awal kursus dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia semasa taklimat kursus.
6. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan. Kekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi dan beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.
7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia dan penceramah.
8. Mematuhi larangan premis Kerajaan bebas rokok dan peraturan-peraturan lain berkuat kuasa semasa.
9. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Kepada Perolehan Kerajaan | |
: | Taklimat Peserta | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Integriti Dalam Pengurusan Perolehan Kerajaan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Punca Kuasa, Prinsip, Dasar |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kaedah Perolehan Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penyediaan Spesifikasi | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kaedah Pengurusan Sebut Harga |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kaedah Pengurusan Tender | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kaedah Penilaian Teknikal & Kewangan (Bekalan dan Perkhidmatan) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kaedah Perolehan Kerja dan Pentadbiran Kontrak Kerja |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak (Bekalan dan Perkhidmatan) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Isu dan Masalah Dalam Perolehan Kerajaan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kajian Kes | |
: | Penutupan Kursus |