Carian Kursus

[ TZA0040 ] Kursus Persembahan Slaid Efektif dan Persembahan Berimpak Tinggi [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dapat melahirkan penjawat awam yang berupaya menyampaikan maklumat dengan jelas, kreatif, dan inovatif di samping meningkatkan kemahiran digital penjawat awam dalam membangunkan kandungan persembahan dengan berkesan. 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan kaedah penghasilan slaid yang baik mengikut panduan yang disediakan; dan
  2. Mengenal pasti kesalahan yang biasa dilakukan semasa menghasilkan slaid persembahan dengan pantas.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  2. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.00 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  3. Hadir berkursus 80% tanpa gagal bagi melayakkan untuk menerima Sijil Kehadiran Kursus. 
  4. WAJIB menetapkan webcam pada mod ON (live image) semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  5. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  6. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  8. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

 

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 04/07/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENYEDIAAN SLAID PERSEMBAHAN SUATU PENYIASATAN
: Taklimat Kursus & Pendaftaran
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENYEDIAAN SLAID PERSEMBAHAN SUATU PENYIASATAN (sambungan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SLAID PERSEMBAHAN: REDESIGN & FACELIFT
Hari Ke-2 | 05/07/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SLAID PERSEMBAHAN: REDESIGN & FACELIFT (sambungan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MAKMAL PENYEDIAAN SLAID / PENILAIAN SUMATIF
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENILAIAN SUMATIF
: Rumusan dan Penilaian Kursus