Kursus Teknologi Tuai, Pasca Tuai dan Pemprosesan Hasil Pertanian Buah -Buahan merupakan kursus Anjuran PLPP Wilayah Selatan dengan kerjasama Bahagian Kejuruteraan Pertanian Serdang yang akan dilaksanakan secara dalam talian. Kursus ini dijadualkan pada 8-9Julai 2025. Kursus ini mempunyai banyak topik yang menarik antaranya Kaedah dan Amalan Pengurusan Lepastuai bagi pasaran tempatan dan eksport buah -buahan. Antara fokus buah - buahan yang akan diketengahkan adalah seperti Durian, Betik dan juga Pisang.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pengenalan Kepada Kehilangan Lepas Tuai Buahan dan Sayuran | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | 1.Kesan Fisiologi dan BioKimia Terhadap Lepas Tuai Durian, Pisang ,Betik dan Sayuran Berdaun 2.Pengalaman Percubaan Eksport Buah - Buahan Malaysia Ke Luar Negara | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Faktor Pratuai dan Cara Penuaian Durian, Pisang, Betik dan Sayuran Berdaun |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Operasi Penyediaan Lepastuai Bagi Pasaran Tempatan dan Eksport Bagi Durian, Pisang, Betik dan Sayuran Berdaun | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Potensi dan Cabaran Industri Buah -Buahan di Pasaran Tempatan dan Eksport | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Pemprosesan Minimum dan Penyejukbekuan Durian |