Kursus ini bertujuan bagi membolehkan peserta kursus dapat mengaplikasikan kemahiran dalam penyediaan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dengan lebih terancang berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 dan membina keupayaan sebagai pakar runding bagi melancarkan pelaksanaan myPortfolio di agensi Kerajaan serta bertepatan kepada penjawat awam yang ingin mendalami prinsip pengurusan sumber manusia sektor awam, termasuk sebagai persediaan menjawat kedudukan sebagai pentadbir/ketua jabatan atau untuk meningkatkan pengetahuan selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Peserta digalakkan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan dengan penyediaan Myportfolio semasa kursus ini dijalankan seperti berikut (jika ada):
1) Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja,
2) Carta Organisasi Terkini,
3) Undang-Undang / Peraturan / Punca Kuasa yang berkaitan dengan fungsi jabatan, dan
4) Lain-lain dokumen berkaitan tugas / unit yang diperlukan untuk penyediaan myPortfolio.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGENALAN MYPORTFOLIO | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | TATACARA PENYEDIAAN MYPORTFOLIO 1 | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | TATACARA PENYEDIAAN MYPORTFOLIO 2 |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGENALAN JOB DESCRIPTION | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | TATACARA PENYEDIAAN JOB DESCRIPTION | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | AMALI PENYEDIAAN JOB DESCRIPTION |