Carian Kursus

[ BZA0051 ] Kursus Reka ePoster dan Infografik - Canva [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini menawarkan pengetahuan asas kepada para peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva yang kini menjadi trend kepada kepada mana- mana jabatan dalam menghasilkan poster, banting, risalah, slaid pembentangan dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif berbanding dengan aplikasi sedia ada seperti Adobe Photoshop, Powerpoint dan seumpamanya. Dengan penggunaan aplikasi ini juga, peserta tidak perlu membuat instalasi dan boleh digunakan secara atas talian, malah setiap penerbitan yang dihasilkan boleh dikongsikan ke media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram dan banyak lagi.

Objektif Kursus
  1. Meningatkan kefahaman penggunaan.
  2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang terancang.
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
  4. Mendedahkan peserta kepada pembelajaran dan skil yang berkesan.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada Penjawat Awam Persekutan & Negeri. 

Penginapan adalah terhad dan hanya disediakan kepada peserta kursus dari luar Kota Kinabalu yang memerlukan sahaja. Walau bagaimanapun, peserta yang perlu menginap di luar boleh menuntut elaun, kemudahan dan bayaran daripada jabatan masing-masing selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan WP1.10 yang sedang berkuat kuasa.

Modul/Topik
Hari Pertama | 22/08/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Aplikasi Canva
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penggunaan Fonts, Colors, Images, Background, Layouts and Shapes
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Reka Grafik - Cover & Design
Hari Ke-2 | 23/08/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Reka Grafik - Logo, Banner, Poster
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Canva for Mobile
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Canva for Work (Animation MP4/GIF & Fungsi Presentation)