Carian Kursus

[ KNA0017 ] Kursus Human Resource Champions: Pengurusan Tatatertib [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi
  2. Menambah pengetahuan di samping turut berkongsi mengenai perkembangan semasa dan isu-isu terkini dalam PSM sektor awam
  3. Meningkatkan kemahiran aplikasi praktikal melalui sesi kajian kes dan perbincangan kumpulan
  4. Mewujudkan jaringan kerjasama (networking) di antara Pengurus-pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi
Syarat Tambahan

Keutamaan diberikan kepada penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia di Kementerian/jabatan/agensi.

Modul/Topik
Hari Pertama | 05/07/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Pengurusan Tatatertib
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Tatakelakuan dan Larangan Dalam Perkhidmatan Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prosedur Tatatertib Biasa, Tidak Hadir Bertugas dan Tidak Dapat Dikesan
Hari Ke-2 | 06/07/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perintah Tahan Kerja & Gantung Kerja, Kes Sabitan Jenayah di Mahkamah dan Prosedur Perintah Tahanan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Prosedur Rayuan dan Kesilapan Lazim dalam Pengurusan Tatatertib
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)
Hari Ke-3 | 07/07/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam dan Dasar Pemisah (Exit Policy)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Hukuman Tatatertib dan Prosedur Surcaj
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Implikasi Tindakan Tatatertib Terhadap Perkhidmatan