Carian Kursus

[ WZA0077 ] Kursus Generative AI [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai Kecerdasan Buatan (AI). Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan tugasan harian dengan menggunakan AI seiring dengan seruan kerajaan ke arah melahirkan lebih ramai penjawat awam yang celik dan cakna mengenai AI.

Objektif Kursus
  1. Memahami Konsep AI dan Aplikasi Produktiviti. Peserta akan memahami konsep asas AI, termasuk AI Generatif dan AI Prediktif, serta bagaimana ia boleh diterapkan untuk meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan harian
  2. Menggunakan AI untuk Mengautomasi Tugas Harian- Peserta akan belajar bagaimana menggunakan alat seperti ChatGPT dan Microsoft Copilot untuk mengautomasi penulisan, penyuntingan teks, dan penghasilan imej dengan lebih efisien.
  3. Memperkasa Kreativiti melalui AI dalam Multimedia - Peserta akan mempelajari cara untuk mencipta pembentangan visual menggunakan Gamma, menghasilkan muzik melalui Suno, serta menghasilkan video menggunakan InVideo.
  4. Meningkatkan Kemahiran Prompt Engineering - Melalui teknik kejuruteraan prompt (prompt engineering), peserta akan memperoleh kemahiran menulis arahan yang lebih tepat dan efektif untuk menghasilkan kandungan berkualiti tinggi menggunakan alat AI.
  5. Meneroka Alat AI Lain untuk Produktiviti Kreatif - Peserta akan diberi pendedahan kepada alat-alat AI lain seperti Leonardo.ai dan Bing.com untuk menghasilkan seni digital yang kreatif serta mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia dalam projek mereka.
Syarat Tambahan

Kursus ini akan dilaksanakan secara bersemuka. Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan. Sila pastikan HRMIS telah dikemaskini dengan butiran terkini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 24/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 1: Konsep AI dan AI Generatif II Modul 2: Prompt Engineering
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 3: Copilot untuk Penciptaan Teks dan Imej || Modul 4: ChatGPT untuk Automasi Tugas Harian
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 4: ChatGPT untuk Automasi Tugas Harian || Modul 5: Gamma App untuk Pembentangan
Hari Ke-2 | 25/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 6: Suno untuk Penciptaan Muzik AI || Modul 7: Leonardo.ai dan Bing.com untuk Gambar Kreatif
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 8: InVideo untuk Penciptaan Video AI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi Integrasi Projek Akhir: Gabungan Teks, Muzik, dan Video || Maklum Balas dan Penilaian Kursus