Kursus ini menerapkan elemen-elemen kepimpinan dan penyeliaan serta membincangkan isu-isu yang lazim dihadapi oleh penyelia di tempat kerja. Peserta akan didedahkan kepada topik-topik asas berkaitan konsep penyeliaan antaranya adalah pengurusan penyeliaan dalam organisasi, asas kaunseling, teknik komunikasi berkesan dan motivasi.
Kursus ini merupakan ringkasan kepada Kursus Penyeliaan Berkesan (Asas) yang diadakan secara bersemuka pada tahun-tahun sebelum ini dan dikenali sebagai Kursus Asas Penyeliaan Dalam Talian pada tahun 2020.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pendaftaran & Taklimat Kursus | |
: | KAUNSELING DI TEMPAT KERJA | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MALAYSIA MADANI | |
: | DASAR-DASAR KERAJAAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PENGURUSAN DALAM ORGANISASI |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | KOMUNIKASI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PRINSIP-PRINSIP PENYELIAAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | KEPIMPINAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | KAJIAN KES | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PEMBENTANGAN KAJIAN KES | |
: | PENILAIAN DAN PENUTUP |