Carian Kursus

[ FZA0012 ] Kursus Anjakan Paradigma Kepada Bakal Pesara [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Merupakan anjuran kerjasama dengan Syarikat luar Negara iaitu Markplus Institute Asean Office yang berpengkalan di Indonesia yang merupakan pusat Latihan dan Pendidikan dalam bidang pemasaran dan perniagaan di Indonesia. Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta terutamanya bakal pesara berkenaan bidang pemasaran dan perniagaan yang boleh diceburi kelak.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada peserta dengan pengetahuan yang lebih mendalam tentang asas pengetahuan pemasaran dan penjenamaan peribadi untuk membantu mengekalkan rentak kehidupan yang aktif semasa persaraan
  2. Menyediakan peserta dengan keupayaan untuk mengaplikasi konsep penjenamaan peribadi untuk kekal berdikari dan produktif semasa persaraan
  3. Membentuk keyakinan, pembangunan kendiri, keceriaan dan kekal produktif sepanjang tempoh persaraan; dan
  4. Membentuk minda usahawan dan minda penciptaan nilai untuk mengenalpasti halatuju selepas bersara
Syarat Tambahan
  • Kursus ini diutamakan kepada penjawat awam yang berumur 50 tahun dan ke atas.
  • Sekiranya terdapat kekosongan, peserta berumur 50 tahun ke bawah akan dipilih.
Modul/Topik
Hari Pertama | 04/10/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Anjakan Paradigma : Bekerja, Berniaga atau Mencipta Nilai?
: Taklimat Malaysia MADANI oleh Urus Setia Kursus
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Strategi Pemasaran dan Kaedah Penjenamaan (Personal Branding)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Nilai Pemasaran untuk Membina Jenama Sendiri
: Memuktamadkan Strategi Penjenamaan