Carian Kursus

[ TZA0069 ] KURSUS PENGUCAPAN AWAM [ Siri 2/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dijalankan bagi memberi pengetahuan dan latihan berkenaan teknik-teknik Pengucapan Awam, elemen-elemen dan perancangan yang perlu dibuat sebelum sesi pengucapan awam. Ini adalah untuk memastikan penjawat awam mempunyai kebolehan, kemahiran dan keyakinan tinggi dalam menyampaikan maklumat dan informasi berkenaan dengan dasar-dasar dan polisi semasa kerajaan dengan berkesan kepada rakyat.

Objektif Kursus
  1. Menyediakan platform kepada penjawat awam untuk berlatih berucap dengan penuh keyakinan di hadapan orang ramai.
  2. Untuk memberi panduan kepada peserta mengenai perancangan dan persembahan pengucapan awam yang betul berdasarkan elemen-elemen yang telah diterangkan ketika berucap di jabatan/agensi atau kementerian.
  3. Untuk memberi panduan berkaitan cara-cara yang berkesan untuk mengatasi kegugupan atau perasaan gementar sebelum dan semasa berucap di hadapan orang ramai.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan dan kelulusan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  3. Peserta orang kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;

  4. Makan pagi, tengahari dan malam sepanjang kursus disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan malam sehari sebelum kursus;

  5. Tempat penginapan disediakan sepanjang tempoh kursus di INTAN Kampus Wilayah Timur;

  6. Sejumlah RM30.00 yuran pendaftaran kursus hendaklah dibayar sebelum hari pertama kursus melalui Portal DTIMS. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian / Jabatan / Agensi / Institusi masing-masing;

  7. Tuan / Puan dipohon untuk memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my) sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh kursus; dan

  8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 06/07/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT MALAYSIA MADANI
: PENGENALAN & JENIS-JENIS PENGUCAPAN AWAM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: ELEMEN-ELEMEN DALAM PENGUCAPAN AWAM
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MENGURUS GEMENTAR/GUGUP
Hari Ke-2 | 07/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PETA PERJALANAN PEMBENTANG
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PERANCANGAN & PERSEDIAAN DALAM PENGUCAPAN AWAM
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIH AMAL PENGUCAPAN AWAM (IMPROMTU)
Hari Ke-3 | 08/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIH AMAL PENGUCAPAN AWAM (PREPARED SPEECH)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: LATIH AMAL PENGUCAPAN AWAM (PREPARED SPEECH)
: RUMUSAN & PENILAIAN