Selaras dengan keperluan semasa di dalam perkhidmatan awam dan penekanan kepada strategi dan program berteraskan keberhasilan bagi menjana inovasi dan meningkatkan produktiviti amat dititikberatkan oleh stakeholder. Sehubungan itu, kursus yang diadakan secara bersemuka ini menampilkan inisiatif-inisiatif strategik yang baharu bagi menggalakkan perkongsian ilmu, percambahan idea serta platform bagi menanda aras amalan-amalan terbaik bagi menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke emel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian
Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan IKWAS dan semasa berada di Dewan Makan Anjung Selera. Pemakaian berikut adalah TIDAK DIBENARKAN: Jubah / Jeans / Seluar Pendek / Kain Pelikat / Selipar / T-shirt Leher Bulat.
3. Pergerakan Peserta
i. Peserta yang keluar dari kawasan IKWAS hendaklah kembali sebelum jam 11.00 malam.
ii. Ahli keluarga atau individu selain peserta kursus tidak dibenarkan memasuki bangunan asrama.
iii. Penghantaran makanan GrabFood / FoodPanda dibenarkan sehingga lobi asrama sahaja.
iv. Peserta hendaklah makan pada waktu yang telah ditetapkan serta mengosongkan Dewan Makan Anjung Selera 10 minit sebelum sesi kelas bermula.
4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.
ii. Peserta WAJIB membawa resit pembayaran semasa HARI PERTAMA pendaftaran kursus.
iii. Bayaran yuran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
5. Maklumat Kesihatan
Peserta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai isu kesihatan tertentu dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus bermula.
6. Maklumat Pemakanan
Peserta yang mempunyai keperluan diet khas seperti alergi makanan atau vegetarian (tidak memakan daging) dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus.
7. Kewajipan Kehadiran
Semua peserta WAJIB hadir pada hari pertama kursus sebelum jam 9.00 pagi.
8. Senaman Pagi
Peserta adalah dikehendaki hadir untuk senaman pagi pada HARI KEDUA kursus dengan berpakaian baju sukan lengkap..
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pendaftaran peserta, Taklimat kursus, Pengenalan Malaysia Madani dan Ice Breaking | |
| : | Pengenalan kepada Kreativiti dan Inovasi (Konsep pemikiran kreatif) | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pengenalan kepada Kreativiti dan Inovasi (Konsep pemikiran kreatif) - Memahami Minda | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Creative Tools : Creative Challenge, Alternative Concept Fan |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Creative Tools : Brainstroming, scamper and Random Input | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Creative Tools : Mind Provocation & Movement | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Sesi Creative Idea Jamming 2 / LDK - Brainstorming & Scamper |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Innovisit | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pembentangan Kumpulan / Penilaian Kursus / Penutup |