SMART Integriti menumpukan kepada pembangunan nilai dalaman penjawat awam menerusi nilai universal yang terangkum dalam ajaran Islam. Akronim S.M.A.R.T. merujuk kepada Syariah, Muamalat, Akhlak, Rahmah dan Taqwa. Kursus SMART Integriti ini telah dirangka bagi memastikan integriti dan akauntabiliti penjawat awam daripada semua peringkat tetap padu. Pendekatan SMART Integriti yang menumpukan kepada persoalan kesedaran dan penghayatan nilai diharapkan dapat menyuntik kesedaran dan membangunkan roh serta kesungguhan para penjawat awam terhadap amanah yang diberikan kepada mereka. Pekerja yang holistik mempunyai kekuatan luaran (skill) dan dalaman (integriti dan akauntabiliti).
Kursus S.M.A.R.T. Integriti Siri 1/2026 ini akan diadakan SECARA ATAS TALIAN.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | JATI DIRI ASAS INTEGRITI | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | INTEGRITI: GERAK MINDA DAN SIKAP & RUMUSAN | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | INTEGRITI PENJAWAT AWAM |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | HATI INI MILIK SIAPA? | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | INTEGRITI: KAITANNYA DENGAN HARI PEMBALASAN | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | RUMUSAN |