Carian Kursus

[ UZA0041 ] Pengurusan Sistem Rekod Yang Efektif [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Penjawat Awam adalah bertanggungjawab dalam menguruskan keseluruhan rekod bagi transaksi yang dilaksanakan oleh Sektor Awam. Di bawah pemilik skop bidang ini iaitu Arkib Negara Malaysia, pelbagai inisiatif dan rujukan telah dikeluarkan kepada Penjawat Awam bagi memastikan keseluruhannya mempunyai panduan secara lengkap setiap urusan berkaitan rekod awam dari peringat awal sehingga akhir. Usaha pihak Arkib Negara Malaysia dilihat amat gigih serta tanpa mengenal rasa jemu untuk menyampai, membimbing dan mendidik Penjawat Awam agar kompeten dalam Pengurusan Rekod Awam. Semoga dengan keadaan tersebut akan mampu membawa Malaysia sebagai salah satu negara contoh terbaik kepada dunia dalam urusan berkaitan Pengurusan Rekod Awam.

Justeru itu, INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) turut berhasrat memberikan latihan dan perkongsian kepada Penjawat Awam dari pelbagai peringkat melalui Kursus Pengurusan Sistem Rekod Yang Efektif secara Dalam Talian. Di mana melalui sesi ini para peserta akan dapat menilai pengetahuan semasa pada diri masing-masing dan melalui perkongsian seterusnya akan meningkatkan lagi pengetahuan berkaitan prosedur dan peraturan yang harus dipatuhi berkaitan fail dan rekod awam. Sesi ini menyediakan latihan di peringkat asas sahaja kepada peserta dan disampaikan santai melalui taklimat dan kuiz.

Objektif Kursus
  1. Mendefinisi dan menerangkan asas-asas pengurusan rekod awam yang wujud dalam pelbagai bentuk yang patut diuruskan secara berkesan dan sistematik.
  2. Menjelaskan kaedah pelaksanaan sistem rekod yang berkesan selaras dengan Panduan Pengurusan Rekod Awam dan Panduan Pengurusan Pejabat, Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2007; dan
  3. Mematuhi peraturan dan prosedur pengendalian rekod dengan cekap dan teratur.
Syarat Tambahan

Pelaksaaan kursus secara Dalam Talian. Terbuka kepada pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pelaksana (Gred 19-40) dan Pengurusan (Gred 41) yang mengurus dan mengendalikan rekod jabatan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 01/11/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kuiz 10S10M & Integriti Maklumat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Amalan dan Prosedur Registri Arkib
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Urusan Surat Menyurat
Hari Ke-2 | 02/11/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penggunaan dan Penyenggaraan Rekod
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pelupusan Rekod Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kuiz Benar Salah