Perkembangan teknologi penyiaran dan produksi video kini telah beralih daripada sistem analog / kabel tradisional (seperti SDI/HDMI) kepada sistem berasaskan Rangkaian Protokol Internet (IP). Penggunaan teknologi seperti NDI (Network Device Interface) dan penstriman IP membolehkan penghantaran data video audio berdefinisi tinggi dilakukan dengan lebih cekap dan kos-efektif.
Keperluan untuk mengendalikan acara rasmi, mesyuarat hibrid, penstriman langsung (live streaming), dan penerbitan kandungan multimedia semakin meningkat. Walaubagaimanapun, pengurusan perkakasan moden seperti Pengadun Video (Video Switcher) dan Kamera PTZ (Pan-Tilt-Zoom) memerlukan pemahaman mendalam mengenai konfigurasi Alamat IP (IP Address) dan pengurusan rangkaian (networking).
Oleh itu, kursus ini dirangka bagi merapatkan jurang kemahiran teknikal kakitangan agar aset teknologi sedia ada dapat dioptimumkan sepenuhnya.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | MODUL 1 Anatomi & Seni Bina ATEM Television Studio HD8 ISO • Pengenalan fizikal switcher, susunan panel Program/Preview, M/E bus, dan menu LCD. | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pengurusan Input & Audio Mixer Terbina • Konfigurasi input SDI, kawalan audio Fairlight (equalizer, compressor, limiter) dan audio delay. | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Latihan Praktikal 1: Operasi Asas & Peralihan Isyarat (Hands-on) - • Latihan mengadun video menggunakan Cut, Mix, Wipe, serta tetapan Multi-view |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | MODUL 2 Mixer Effect ( ME) Video & Rakaman ISO • Penggunaan Upstream/Downstream Keyers, Chroma Key (Green Screen), DVE, dan media pool grafik | |
| : | 02.30 Petang - 04.30 Petang | |
| : | Latihan Praktikal 2: Simulasi Penerbitan & Montaj (Hands-on) • Mengendalikan siaran langsung dengan grafik Lower Thirds, PiP (Picture-in-Picture) dan rakaman master. |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | MODUL 3 Rangkaian Kamera PTZ & Protokol IP • Pemasangan fizikal kamera PTZ via PoE, penetapan Static IP Address, dan akses Web GUI. | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Ekosistem Network NDI (Network Device Interface) • Pengenalan NDI|HX, integrasi PTZ ke dalam LAN & kawalan menggunakan Hardware Controller | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Latihan Praktikal 3: Pemetaan IP & Integrasi Sistem (Hands-on) • Menyambungkan kamera PTZ ke rangkaian NDI, menetapkan kedudukan Preset (Wide/Close), dan membawa masuk isyarat IP ke ATEM Switcher. |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Projek Akhir: Pembentukan Kumpulan & Taklimat Konsep • Pembahagian tugas (Producer, ATEM Switcher Operator, PTZ Camera Controller, Audio). | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Projek Akhir: Set up Fizikal & Konfigurasi Rangkaian • Peserta membina rangkaian IP/NDI studio dari awal dan menyambungkan semua kamera ke ATEM HD8 ISO. | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Sesi Penilaian , Sesi Penyampaian Sijil & Majlis Penutup Kursus. |