Carian Kursus

[ KEA0003 ] Kursus Pembangunan Minda Beretika [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pembangunan Minda Beretika dilaksanakan bagi memberi ruang kepada penjawat awam dalam usaha meningkatkan amalan nilai dalam organisasi. Kursus ini juga dijangka akan dapat membantu mempertingkatkan tahap produktiviti dan inovasi, mengurangkan salah laku seterusnya meningkatkan lagi tahap amalan berintegriti dalam kalangan penjawat awam. Peningkatan amalan nilai ini akan menjadikan sesebuah organisasi lebih cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan masing-masing.

Objektif Kursus
  1. Mendapat pendedahan awal mengenai pembentukan minda berasaskan Model 5 Minds of the Future oleh Howard Gardner.
  2. Menyenaraikan kesemua jenis minda yang dapat membantu meningkatkan amalan nilai dalam organisasi.
  3. Mengaplikasi amalan beretika dan berintegriti dalam kompetensi peribadi dan budaya organisasi.
Syarat Tambahan

1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Pembangunan Minda Beretika anjuran Kluster Pembangunan Profesional dan Etika, INTAN Bukit Kiara sebelum ini.

2- Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN memandangkan peserta akan menjalani aktiviti bertulis dalam sesi-sesi perkongsian. 

3- Peserta perlu menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR.

4- Mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus.

Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 09/02/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN 5 MINDA MASA HADAPAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBANGUNAN MINDA DISIPLIN, SINTESIS DAN KREATIF
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MINDA HORMAT
Hari Ke-2 | 10/02/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MINDA ETIKA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MINDA ETIKA DAN KAITANNYA DALAM KONSEP IHSAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KEPIMPINAN BERETIKA