Pejabat MAQIS Negeri Perlis mengadakan kursus pengambilan sampel darah lembu/kambing siri 2 ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan penyakit haiwan ruminan yang diimport dan kaedah pengambilan sampel darah bagi pengesanan penyakit pada haiwan ruminan yang diamalkan oleh Jabatan Dasar. Selain memberi latihan secara hands-on mengenai cara pengambilan sampel dan mengenal tanda klinikal penyakit lembu/kambing yang dijangkiti penyakit di Stesen Kuarantin MAQIS dan Premis Kuarantin yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kepada pegawai penguat kuasa dan kakitangan MAQIS.
1. Penginapan tidak disediakan.
2. Makan dan minum sepanjang kursus disediakan oleh pihak penganjur.
3. Kenderaan tidak disediakan.
4. Peserta akan didedahkan secara teori dan juga amail berkenaan tatacara pengambilan sampel darah lembu/kambing.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PENGENALAN KEPADA PENYAKIT DAN KESIHATAN HAIWAN | |
SESI 2 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | TEORI: PENGAMBILAN SAMPEL DARAH LEMBU DAN KAMBING | |
: | TEORI: PENGURUSAN SAMPEL DARAH DAN PENGHANTARAN KE MAKMAL |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | HANDS ON: PENGAMBILAN SAMPEL DARAH LEMBU | |
: | 02.30 Petang - 04.30 Petang | |
: | HANDS ON: PENGAMBILAN SAMPEL DARAH KAMBING |