Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta ciri-ciri keselamatan yang ada di dalam dokumen perjalanan / pasport dan cara bagaimana mengesan pemalsuan.
1. Kursus ini terbuka kepada kakitangan beruniform Jabatan Imigresen Malaysia yang bertugas di KLIA 1 dan KLIA 2 sahaja
2. Kursus ini dijalankan sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris
3. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
4. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
5. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;
6. Sarapan Pagi, Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak AIMM dan Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2025 bagi langkah-langkah penjimatan. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.
7. Tempat penginapan di dalam AIMM adalah disediakan. Sejumlah RM20.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).
8. Pemakaian sepanjang kursus adalah uniform (no.2 atau 3a) mengikut ATKPI 2023 Polisi, Prosedur dan Disiplin Pemakaian Pakaian Seragam.
9. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | SECURITY PAPER | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | SECURITY PRINTING | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | SECURITY INK |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | ADDITIONAL SECURITY FEATURES | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PASPORT MALAYSIA / MALPAS / MRZ | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | 9 STEPS |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | IMPOSTER & FACIAL IMAGE RECOGNITION | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PASSENGER ASSESMENT |