Carian Kursus

[ TZA0008 ] Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan berkaitan pengurusan aset Kerajaan. Sepanjang 4 hari berkursus, para peserta akan didedahkan dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang betul dan baik selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan AM 2.0 hingga AM 2.8 bagi memastikan aset Kerajaan dapat diurus dengan lebih bersistematik.  Kursus ini turut bertujuan untuk memastikan aset alih kerajaan dapat diurus mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. 

 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan prinsip-prinsip asas dan kaedah pengurusan aset alih kerajaan yang berkesan sebagaimana ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan;
  2. Mengaplikasikan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dengan lebih sistematik, cekap dan teratur; dan
  3. Mengklasifikasikan kepentingan pengurusan aset alih kerajaan dalam meningkatkan integriti dan tanggungjawab penjawat awam.
Syarat Tambahan

Peserta perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  • Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam;
  • Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuat naik;
  • Peratus kehadiran peserta adalah 80% tanpa gagal;
  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus;
  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Capaian ke platform dalam talian akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula;
  • Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;
  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 14/03/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS
: AM 2.0 - PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AM 2.1 - PENDAHULUAN : PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AM 2.2 & 2.3 - PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN ASET ALIH KERAJAAN
Hari Ke-2 | 15/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AM 2.4 - PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AM 2.5 - PENYELENGGARAAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AM 2.6 - PINDAHAN ASET ALIH KERAJAAN
Hari Ke-3 | 16/03/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AM 2.7 - PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AM 2.8 - KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA ASET ALIH KERAJAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KAJIAN KES
Hari Ke-4 | 17/03/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMBENTANGAN KUMPULAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBENTANGAN KUMPULAN
: PENILAIAN PESERTA DAN PENUTUP