Kursus ini melibatkan 20 peratus pengajaran dan 80 peratus latih amal dan aktiviti dengan menggunakan kaedah tingkahlaku am (general habit/ behaviour) yang dapat digunakan secara sengaja atau secara langsung yang mengandungi gabungan pelbagai pendekatan. Operasi ini menyediakan suatu kerangka yang berguna untuk memperolehi pengetahuan & untuk memanfaatkan pengetahuan yang sedikit. Dalam pendekatan ini, pengetahuan dan tindakan dapat digunakan bersama-sama dan serentak pada situasi yang baru.
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran di aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus setelah mengisi permohonan di sistem DTIMS;
4. Tempat penginapan tidak disediakan kepada peserta kursus kerana terdapat kerja-kerja dan proses pengubahsuaian asrama sedang dilaksanakan.
5. Sejumlah RM30.00 perlulah dibayar oleh peserta sebagai yuran pendaftaran kursus secara dalam talian melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna). Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.
6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Taklimat Pentadbiran & Teori Generativiti | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Adakah Anda Kreatif? | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Capturing |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Challenging | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Broadening | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Surrounding |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Team Creativity | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Final Debreafing |