Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Punca kuaca PTM adalah dari Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 yang menjelaskan mengenai pelaksanaan PTM sebagai satu daripada SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN bagi menggantikan Kursus Induksi.
Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.
PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Taklimat Kursus | |
| : | Sejarah Kenegaraan Malaysia & Sistem Pentadbiran Negara | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pembangunan Sahsiah Diri (Ujian Psikologi & Taklimat Psikologi) | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (Integrasi Kumpulan) | |
| : | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
| : | Pengenalan kepada Perkhidmatan Awam |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Hala Tuju Negara Malaysia Madani | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Gaji, Elaun dan Kemudahan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Urusan Perkhidmatan & Urusan Persaraan | |
| : | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
| : | Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (Imej & Keterampilan Diri) |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pengurusan Rasuah | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Pengurusan Integriti | |
| : | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
| : | Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (Pengurusan Pelanggan) |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pengurusan Keselamatan Perlindungan | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pengurusan Kewangan Peribadi | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Orang Kurang Upaya (OKU) Dalam Perkhidmatan Awam | |
| : | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
| : | Pembangunan Modal Insan Berterusan |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Persediaan Ujian Kefahaman | |
| : | Ujian Kefahaman | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Rumusan dan Penutupan |