Carian Kursus

[ BZA0018 ] Kursus Pengurusan Sumber Manusia Baharu "Human Resource Champions" (Modul Pengurusan Tatatertib) [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Modul Pengurusan Tatatertib adalah salah satu modul khusus dalam bidang pengurusan sumber manusia dan melaksanakannya bagi memantapkan ilmu pengetahuan dan kompetensi Pengurusan Sumber Manusia sektor awam. 

Kursus akan dilaksanakan secara 'blended training' melalui pelbagai kaedah serta metodologi penyampaian agar ia benar-benar memberi impak yang menyeluruh kepada peserta.

Objektif Kursus
  1. Memantapkan kompetensi Pengurus Sumber Manusia Sektor awam
  2. Meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan
  3. Mengguna pendekatan pembelajaran melalui latihan supaya simulasi dapat dihubungkan dengan aplikasi praktikal
  4. Memberi pendedahan mengenai perkembangan semasa & isu-isu kritikal dalam menguruskan sumber manusia sesebuah agensi awam
  5. Meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi ekspektasi "stakeholders"
Modul/Topik
Hari Pertama | 22/02/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Pengurusan Tatatertib
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Tatakelakuan Dan Larangan Dalam Perkhidmatan Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prosedur Tatatertib Biasa, Tidak Hadir Bertugas & Tidak Dapat Dikesan
Hari Ke-2 | 23/02/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perintah Tahan Kerja & Gantung Kerja
: Kes Sabitan Jenayah di Mahkamah
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam
: Dasar Pemisah (Exit Policy)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hukuman Tatatertib
: Prosedur Surcaj
Hari Ke-3 | 24/02/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Prosedur Rayuan
: Kesilapan Lazim Dalam Pengurusan Pengurusan Tatatertib
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Laporan Ketua Audit negara (LKAN)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Implikasi Tindakan Tatatertib Terhadap Perkhidmatan