Carian Kursus

[ KEA0003 ] Kursus Pembangunan Minda Beretika [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pembangunan Minda Beretika dilaksanakan bagi memberi ruang kepada penjawat awam dalam usaha meningkatkan amalan nilai dalam organisasi. Kursus ini juga dijangka akan dapat membantu mempertingkatkan tahap produktiviti dan inovasi, mengurangkan salah laku seterusnya meningkatkan lagi tahap amalan berintegriti dalam kalangan penjawat awam. Peningkatan amalan nilai ini akan menjadikan sesebuah organisasi lebih cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan masing-masing.

Objektif Kursus
  1. Mendapat pendedahan awal mengenai pembentukan minda berasaskan Model 5 Minds of the Future oleh Howard Gardner.
  2. Menyenaraikan kesemua jenis minda yang dapat membantu meningkatkan amalan nilai dalam organisasi.
  3. Mengaplikasi amalan beretika dan berintegriti dalam kompetensi peribadi dan budaya organisasi.
Syarat Tambahan

Kursus Pembangunan Minda Beretika Siri 1/2024 ini akan diadakan secara dalam talian.

Antara syarat lain:

1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Pembangunan Minda Beretika anjuran INTAN Bukit Kiara sebelum ini.

2- Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN memandangkan peserta akan menjalani aktiviti bertulis dalam sesi perkongsian. 

3- Peserta perlu menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR.

4- Mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus.

Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 30/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA FUNGSI MINDA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MINDA ETIKA DAN KAITAN DALAM KONSEP IHSAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MINDA HORMAT
Hari Ke-2 | 31/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MINDA ETIKA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MINDA DISIPLIN, MINDA SINTESIS DAN MINDA KREATIF
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KEPIMPINAN BERETIKA