Carian Kursus

[ DDA0134 ] KURSUS KHAS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KURSUS MPGIA) BAGI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL SESI 3 [ Siri 3/2026 ]

Sinopsis Kursus

Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Besut, Terengganu akan menganjurkan KURSUS KHAS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KURSUS MPGIA) BAGI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL SESI 3 secara dalam talian pada 10 - 11 Ogos 2026

Objektif Kursus
  1. Memahami maksud integriti dan kepentingannya dalam penyampaian awam serta kesan perbuatan tidak berintegriti kepada organisasi dan penyampaian awam.
  2. Memahami kesalahan-kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009 dan memahami kaedah membuat laporan mengenai salah laku, rasuah dan salah guna kuasa.
  3. Mengetahui bentuk salah laku yang sering berlaku dalam perolehan Kerajaan, implikasi sekiranya mereka melakukan salah laku dan tindakan yang perlu diambil apabila berlaku salah laku melibatkan perolehan Kerajaan.
  4. Mengetahui jenis-jenis kesalahan tatatertib yang sering berlaku dalam perkhidmatan Awam, implikasi sekiranya mereka melakukan salah laku dan tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kesalahan tatatertib.
Syarat Tambahan

TERBUKA KEPADA KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONALKAKITANGAN DAN KADER JABATAN PERTANIAN MALAYSIA SAHAJA 

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/08/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Mewujudkan Organisasi Berintergiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Rasuah Dalam Sektor Awam dan Insentif untuk Pencegahan Rasuah/Kajian Kes
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes - Perbuatan Rasuah dan Salah Laku dalam Perkhidmatan Awam / Pembentangan
Hari Ke-2 | 11/08/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perolehan Kerajaan dan Langkah / Kajian Kes
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kesalahan-Kesalahan Lazim dalam Perolehan dan Langkah Pencegahan / Kajian Kes