"Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya.”- Mohamad Rodzi Abdul Razak: (2009)
Kursus Negara Bangsa: Malaysia MADANI dilaksanakan bagi memberi pengetahuan mengenai pembinaan Negara Bangsa menurut Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan sejarah selari dengan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Konsep-konsep penting pembinaan negara bangsa yang dibincangkan antara lain adalah seperti asimilasi, integrasi, patriotisma, pembentukan jati diri, hubungan etnik dan pengurusan perpaduan.
Kursus Negara Bangsa: Malaysia Madani Siri 1/2023 ini akan diadakan secara dalam talian.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pemulihan Martabat dan Kejayaan Malaysia berdasarkan Perlembagaan Malaysia | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Soal Jawab |