Carian Kursus

[ FZA0009 ] Kursus Penyediaan Spesifikasi dan Skema Pemarkahan Sebut Harga/Tender [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini direka bentuk bagi membantu pegawai-pegawai INTAN yang dilantik sebagai Pengerusi/Ahli/Setiausaha Jawatankuasa (JK) Spesifikasi menyediakan spesifikasi dan skema pemarkahan bagi perolehan bekalan/perkhidmatan mengikut panduan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan dan Sistem ePerolehan. Mulai Januari 2018, spesifikasi perolehan dan proses penilaian keupayaan penyebut harga/petender perlu dilaksanakan dan dikunci masuk (key in) dalam Sistem ePerolehan (eP). Oleh itu, kursus ini diharap dapat membantu pegawai-pegawai yang dilantik menganggotai JK Spesifikasi mendapat gambaran yang jelas mengenai peranan, tugas JK Spesifikasi dan templat yang ada dalam Sistem eP.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi berdasarkan PK 5.1: Perolehan Secara Elektronik;
  2. Memilih senarai semak teknikal dan kewangan yang bersesuaian dengan jenis perolehan yang dilaksanakan; dan
  3. Menulis skema pemarkahan penilaian teknikal dan kewangan yang bersesuaian untuk panduan Jawatankuasa Penilaian.
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini dikhususkan kepada pegawai/kakitangan INTAN sahaja
  • Peserta yang berjaya mestilah mempunyai peranti kamera video (webcam) dan mikrofon bagi melancarkan sesi PdP.

Maklumat  Tambahan

  • Berpakaian kemas dan sopan.
  • Memastikan nama yang digunakan adalah nama sebenar peserta.
  • Bersedia dan sertai pautan kursus 10 minit sebelum sesi bermula.
  • Memastikan pautan yang diterima adalah dari sumber atau host yang sah.
  • Video hendaklah sentiasa diaktifkan (on) mengikut kesesuaian, dan audio tidak diaktifkan (mute). Audio diaktifkan (unmute) hanya apabila ingin berkomunikasi. 
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan (individu/berkumpulan).
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 06/10/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Perolehan dan Tugas Jawatankuasa Spesifikasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Keupayaan Kewangan Penyebut Harga & Petender
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Spesifikasi & Skema Pemarkahan Teknikal
Hari Ke-2 | 07/10/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Spesifikasi & Skema Pemarkahan Kewangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Skor Keseluruhan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Dari Meja Urus Setia Perolehan (Lesson Learnt)