Tingkatkan kemahiran anda ke peringkat profesional dengan Kursus Sistem Line-Array yang dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional, Adam Sofian Mazlan dari Bsync Production. Kursus ini khususkan untuk jurutera audio, teknikal dan juga individu yang berhasrat menguasai seni reka bentuk serta operasi sistem line-array. Peserta akan dibimbing secara komprehensif, dari teori asas hingga aplikasi praktikal, bagi memastikan mereka mampu menghasilkan kualiti audio yang cemerlang untuk acara berskala besar seperti konsert dan persembahan kesenian yang lain.
Anda akan mempelajari prinsip-prinsip akustik yang menjadi asas sistem ini, serta diajar cara merancang susun atur speaker yang optimum menggunakan perisian simulasi. Aspek penting seperti kaedah pemasangan yang selamat dan cekap juga akan ditekankan.
Selain itu, anda akan mendalami teknik penalaan (tuning) dan penyelarasan (time alignment) yang profesional untuk memastikan agihan bunyi yang sekata dan berkualiti tinggi di setiap sudut kawasan pendengaran. Kursus ini melengkapkan anda dengan pengetahuan tentang peralatan terkini dan teknik kalibrasi standard industri.
Sertai kursus ini dan jadikan diri anda berkemahiran dalam bidang sistem line-array. Kursus ini adalah pelaburan strategik untuk masa depan kerjaya anda, menjamin hasil kerja yang diiktiraf dan dipercayai dalam industri audio.
1. Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang audio termasuk teorinya (penghasilan, perambatan dan frekuensi)
2. Mengendalikan sistem audio merangkumi pemasangan dan pengoperasian audio mixer, amplifier dan pembesar suara , mempunyai pengetahuan berkaitan sistem multitrack audio
3. Peserta wajib menyediakan dan membawa komputer riba untuk sesi praktikal simulasi perisian L-Acoustics' Soundvision untuk 3D visual sound designing and mapping.
3. Justifikasi penyertaan kursus perlu dinyatakan dengan jelas, secara individu dan tersendiri (tanpa bantuan teknologi kecerdasan buatan).
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Module 1 : Introduction to Line Array Systems (Syarahan) | |
: | 02.30 Petang - 04.30 Petang | |
: | Module 1 : Introduction to Line Array Systems (Demonstrasi-Sambungan) |