Kursus ini bertujuan memberi kesedaran tentang Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam serta membincangkan peranan organisasi dalam membentuk strategi-strategi Teras Keberhasilan Reformasi dalam mendokong aspirasi Kerajaan MADANI. Kursus secara DALAM TALIAN ini terbuka kepada 30 orang penjawat awam Gred 41-56 (SSPA Gred 9 hingga 15) daripada pelbagai skim.
Peserta yang berjaya dikehendaki menjelaskan yuran kursus sebanyak RM30.00 menerusi kaedah pembayaran FPX sebelum hari berkursus dan memuatnaik maklum balas kehadiran bagi memastikan anda layak untuk menyikuti kursus dan seterusnya menerima sijil kehadiran pada akhir kursus (tertakluk kepada pencapaian rekod kehadiran kursus oleh peserta jua). Peserta yang gagal menyelesaikan yuran sebelum atau pada hari pertama kursus berisiko untuk tidak dibenarkan mengikuti kursus secara dalam talian.
Untuk panduan pembayaran, sila ke pautan berikut: https://www.dtims.intan.my/Panduan.pdf
Sekian, harap maklum.
Urus setia Kursus ARPA
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan kepada Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | TKR 1: Penghayatan Nilai dan Tatakelola | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | TKR 2: Pembangunan Modal Insan I | |
: | TKR 2: Pembangunan Modal Insan II |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | TKR 3: Pembangunan Organisasi | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | TKR 4: Penyampaian Perkhidmatan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | TKR 5: Sinergi Awam dan Swasta |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Perancangan Strategik: Aktiviti dan Pembentangan Kumpulan |