KURSUS INI BERTUJUAN MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA HORIZON BAHARU KIK BERDASARKAN PEKELILING TRANSFORMASI PENTADBIRAN AWAM BIL. 1/2016.
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;
4. Makan pagi dan makan tengahari (kecuali makan pagi hari pertama) sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM dan Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.
5. INTIM TIDAK dapat menyediakan bilik penginapan bagi kemudahan peserta. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).
6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | TAKLIMAT PESERTA DAN TAKLIMAT MADANI | |
: | PANDUAN PEMBUDAYAAN & PEMERKASAAN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU KIK | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MEKANISME PENILAIAN & KRITERIA PEMARKAHAN KIK | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | SKOP PROJEK DAN PENJANAAN IDEA KREATIF |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENYEDIAAN DOKUMENTASI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | DESIGN THINKING DAN LATIH AMAL | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | DESIGN THINKING DAN LATIH AMAL |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | DESIGN THINKING DAN LATIH AMAL | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | RUMUSAN DAN PENUTUP |