Carian Kursus

[ SZA0036 ] Kursus Pengurusan Mesyuarat [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan bagi melatih penjawat awam agar mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan mesyuarat berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2018 selaras dengan objektif kursus.

 

Objektif Kursus
  1. 1. Menyenaraikan pekeliling dan garis panduan pengurusan mesyuarat kerajaan yang sedang berkuatkuasa;
  2. 2. Menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas mesyuarat;
  3. 3. Menyenaraikan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk tujuan mesyuarat;
  4. 4. Mengaplikasikan penyediakan minit mesyuarat dan laporan maklum balas keputusan mesyuarat dengan betul.
Syarat Tambahan

Para Peserta diekehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:

  • Pastikan para pemohon telah mendaftar sebagai pengguna DTIMS di www.dtims.intan.my dan juga mendaftar bagi menyertai kursus ini
  • Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula
  • Para peserta dimohon untuk menggunakan NAMA PENUH untuk akaun Zoom/Google Meet masing-masing bagi memudahkan sesi pendaftaran dan pengesanan peserta
  • Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus
  • Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran perlulah dimaklumkan kepada Pengurus Program dengan sebab yang munasabah dan kebenaran. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan boleh menyebabkan peserta tidak menerima sijil kehadiran.
  • Pengurus Program akan memaklumkan kepada penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman. Kebenaran tidak hadir dalam mana-mana slot kursus dengan kebenaran tidak akan menyebabkan catatan bahawa para peserta gagal hadir pada keseluruhan kursus.
  • Menetapkan webcam sentiasa dalam mode on semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mode off sekiranya tiada keperluan interaksi. Laluan soal jawab akan diberikan kepada para peserta
  • DILARANG untuk menyebarkan pautan zoom kursus kepada BUKAN PESERTA.
Modul/Topik
Hari Pertama | 07/03/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat & Ice Breaking
: Panduan kepada Pengurusan Mesyuarat Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Panduan kepada Pengurusan Mesyuarat Kerajaan (sambungan)
: Pengenalan MyMesyuarat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Dokumen Mesyuarat (Surat / Memo / Emel )
Hari Ke-2 | 08/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penulisan Minit Mesyuarat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyediaan Laporan Maklum Balas Keputusan Mesyuarat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LDK ( Surat / Memo/ Emel Dan Penyediaan Minit Mesyuarat Yang Ringkas ) / Rumusan