Kursus ini bertujuan untuk memberi panduan mengenai perancangan dan persembahan pengucapan awam yang betul berdasarkan elemen-elemen yang akan dikongsikan oleh penceramah. Kursus ini akan turut memberikan tips-tips mengatasi kegugupan atau perasaan gementar sebelum dan semasa berucap di hadapan audien.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke emel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan IKWAS dan semasa berada di Dewan Makan Anjung Selera. Pemakaian berikut adalah TIDAK DIBENARKAN: Jubah / Jeans / Seluar Pendek / Kain Pelikat / Selipar / T-shirt Leher Bulat.
3. Pergerakan Peserta
i. Peserta yang keluar dari kawasan IKWAS hendaklah kembali sebelum jam 11.00 malam.
ii. Ahli keluarga atau individu selain peserta kursus tidak dibenarkan memasuki bangunan asrama.
iii. Penghantaran makanan GrabFood / FoodPanda dibenarkan sehingga lobi asrama sahaja.
iv. Peserta hendaklah makan pada waktu yang telah ditetapkan serta mengosongkan Dewan Makan Anjung Selera 10 minit sebelum sesi kelas bermula.
4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.
ii. Peserta WAJIB membawa resit pembayaran semasa HARI PERTAMA pendaftaran kursus.
iii. Bayaran yuran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
5. Maklumat Kesihatan Peserta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai isu kesihatan tertentu dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus bermula.
6. Maklumat Pemakanan Peserta yang mempunyai keperluan diet khas seperti alergi makanan atau vegetarian (tidak memakan daging) dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus.
7. Kewajipan Kehadiran Semua peserta WAJIB hadir pada hari pertama kursus sebelum jam 9.00 pagi. 8. Senaman Pagi Peserta adalah dikehendaki hadir untuk senaman pagi pada HARI KEDUA kursus dengan berpakaian baju sukan lengkap.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Pengenalan Malaysia MADANI | |
| : | Ice Breaking Pengucapan Awam Modul 1 : Pengenalan Pengucapan Awam | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Modul 2 : Jenis-jenis Pengucapan Awam | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Modul 3 : Elemen-elemen Dalam Pengucapan Awam |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Modul 4 : Mengurus Gementar / Gugup | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Modul 5 : Peta Perjalanan Pembentang | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Latih Amal Pengucapan Awam (Impromptu) |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Latih Amal Pengucapan Awam (Prepared Speech) | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Latih Amal Pengucapan Awam | |
| : | Rumusan / Ulasan Penilaian & Penutupan Kursus |